Forum Perdana.

Khamis, 25 Mac 2010


MENINJAU KEHIDUPAN MUSLIM DI
UNITED KINGDOM!


Bersama dengan Encik Hamidi Bin Abdul Rahman,
Presiden Persatuan Melayu UNITED KINGDOM,
 Pengerusi Professional Islamic
Support And  Nuture Group


- Kehidupan umat islam di united kingdom
- Cabaran dakwah di Negara bukan islam
- Peluang pekerjaan di united kingdom
- Sumbangan Azhari di bumi eropah


Forum ini akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 26 Mac 2010.
Hari : Jumaat.
Masa : 8 malam.
Tempat : Dewan Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, Rumah Negeri Sembilan, Kaherah.


Semua mahasiswa/wi dijemput hadir ke majlis ini dan akan juga diadakan sesi soal jawab bersama dengan Encik Hamidi. Sesiapa sahaja bolehlah bertanya apa sahaja isu dan segala persoalan untuk mendapatkan penjelasan.

Harap Maklum.


Sekian...

Read more...

Pertemuan bersama En. Hamidi.

Selasa, 23 Mac 2010

Assalamualaikum...

Perhatian kepada semua ahli PISANG Mesir, Insya Allah... En. Hamidi akan datang ke Mesir yang akan dijangkakan tiba pada hari selasa - 23.03.2010.

Oleh itu, pihak kami akan adakan pertemuan seperti berikut :

Tarikh : 23.03.2010
Hari : Selasa
Masa : 9 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Rumah Negeri Sembilan, Kaherah.

Harap Maklum.
Sekian...

Read more...

Mufti Lancar Perang Terhadap Pengamal Ilmu Sihir .

Jumaat, 15 Januari 2010

SHAH ALAM, 16 Dis - Jabatan Mufti Selangor dan Professional Islamic Support and Nature Group menggesa agensi perundangan agama Islam Persekutuan mengambil tindakan tegas ke atas pengamal-pengamal sihir.
Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata satu usul akan diserahkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Mesyuarat Muzakarah Fatwa Kebangsaan menggesa satu enakmen perundangan baru diperkenalkan.
Ini bertujuan supaya kes-kes berkaitan amalan sihir dapat ditangani mengikut enakmen perundangan yang lebih jelas.
“Apabila telah dibincangkan dalam muzakarah pakar ini maka satu kertas yang lengkap akan dibawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa.kemudian,oleh kerana ini adalah isu-isu nasional bukan isu setempat mestilah dibawa dalam mesyuarat muzakarah fatwa kebangsaan.Jadi dari mesyuarat kebangsaan ini menjadi kelazimannya akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja dan akhirnya barulah dibawa balik ke negeri untuk diwartakan.Setelah diwartakan barulah boleh dibuat penguasaan,” katanya.
Tamyes berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan muzakarah itu di Dewan Annex, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini pagi tadi.
Muzakarah bertajuk ‘Bentuk-bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosi’ ini disertai penceramah bebas, Datuk  Dr Harun Din dan Ustaz Hanafi Abd Rahman yang bertindak sebagai pembentang kertas kerja.
Muzakarah kali ke enam itu dihadiri 140 cendiakawan Islam, pengamal undang-undang dan ahli akedemik dari insititusi  pengajian tinggi tempatan.
“Merangkumi kepada sesiapa sahaja pengamal,kalau sekiranya ini telah dilaksanakan sebagaimana hukuman jenayah kita tidak memandang sama ada orang Islam ataupun tidak Islam  asalkan dia sebagai rakyat yang patuh kepada undang-undang  di negara kita,jadi dia kena terima dan menghormati apa yang telah ditetapkan pemerintah.Itu setelah sampai perlaksaan hukuman sebenar,” katanya.
Dalam pada itu,  Dr Harun turut mengesyorkan hukuman takzir dikenakan keatas pelaku sihir beragama Islam sekiranya undang-undang berkaitan perkara itu diperkenalkan.
“Takzir ialah hukuman yang kita berikan hak authority kepada kadi kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman,kita bagi range diantaranya penjara sebagai contoh ,6 bulan,setahun, 6 tahun,buang daerah sebagai contoh ataupun sebat.Tapi saya nak syorkan dia bukan dengan denda kewangan,” katanya.
Kata Dr Harun, hukuman dalam bentuk denda kewangan tidak digalakkan kerana ia gagal menyedarkan pengamal dari kelompok berada atau berkedudukan tinggi.
“Jadi saya cadangkan ambillah takzir ini sebagai pengajaran,jika dia kaya macammana pun jika dia buat sihir  dia kena masuk penjara atau sebat.Itu sebagainya caranya untuk mengelakkan buat sementara.Saya tidak cadangkan lagi dihukum bunuh,” katanya.

Sumber dari : http://www.selangorkini.com.my/my/berita/8615

Read more...

Isu Penafian Darussyifa' Terhadap Ust Trimizi Zainal.

Selasa, 12 Januari 2010

Dalam mendasari isu dan polemik yang timbul, kita harus memahami latar
belakang kenapa Darussyifa mengeluarkan "Penafian dan Penjelasan"
berkenaan Ustaz Trimizi Zainal yang dipamerkan di laman web
Darussyifa' [di www.darussyifa.org ]

Pihak Darussyifa telah menerima beberapa aduan yang mendakwa Ustaz
Trimizi mewakili Darussyifa dan juga mendakwa Ustaz Trimizi adalah
dari Darussyifa. Ianya hanyalah hasil dari sedikit silap faham dan
tanggapan yang timbul.

Untuk memudahkan Darussyifa menjawab dakwaan tersebut, satu kenyataan
telah diletakkan di laman web mereka. Kenyataan tersebut LANGSUNG
TIDAK menuduh Ustaz Trimizi pernah mengeluarkan kenyataan mewakili
Darussyifa atau beliau dari Darussyifa. Ia adalah langkah berjaga-jaga
(preventative action) dengan menggunakan ungkapan "JIKA SEKIRANYA
....".

Darussyifa juga LANGSUNG TIDAK mengaitkan isu ini dengan PISANG, dan
hubungan PISANG dengan Darussyifa tidak terjejas sedikit pun.

Mereka yang telah menghadiri kuliah Ustaz Trimizi mengetahui yang
beliau tidak pernah mendakwa mewakili Darussyifa' atau mendapat ijazah
dari Darussyifa'. Beliau ada menyentuh methodologi Darussyifa tetapi
di dalam konteks perbandingan methodologi rawatan Islam sahaja. Ini
mungkin menimbulkan rasa tidak senang di kalangan beberapa individu
yang kemudiannya membuat lapuran yang tidak tepat kepada Darussyifa'.
Untuk mengelakkan salahfaham dari berlaku semula, kuliah Ustaz Trimizi
di masa akan datang tidak akan menyentuh kaedah Darussyifa'.

PISANG adalah satu organisasi yang mempunyai misi-misi yang lebih
besar dan berbentuk global, dan bukannya pesaing kepada Darussyifa'
atau mana-mana pusat perubatan Islam. Umpamanya, salah satu misi
PISANG ialah untuk menjadikan sihir sebagai satu jenayah di dalam
perundangan. Sebagaimana yang kita semua maklum, sekarang ini tidak
ada peruntukan di dalam perundangan sivil atau perundangan syariah di
Malaysia untuk mendakwa mereka yang terlibat di dalam kegiatan sihir.

PISANG telah dapat meyakinkan Jabatan Mufti Selangor untuk mengadakan
Muzakarah Pakar pada bulan Disember 2009 untuk memulakan proses
menjenayahkan sihir. Muzakarah Pakar tersebut, yang dianjurkan oleh
Jabatan Mufti Selangor dengan kerjasama PISANG, telah dihadhiri oleh
140 pakar-pakar dari pelbagai bidang. PISANG akan terus melaksanakan
misi-misi yang besar ini dan satu bengkel berkenaan pendakwaan sihir
Insha'Allah akan diadakan pada bulan Mac depan.

Kami berharap semua peserta Kursus Perubatan Islam anjuran PISANG
cawangan Mesir akan terus mendalami ilmu perubatan Islam dan ilmu-ilmu
yang berkaitan seperti methodologi perubatan moden, kaunseling,
psycho-therapy, penguasaan Bahasa Inggeris dan sebagainya. PISANG
ingin melahirkan satu generasi baru pengamal perubatan Islam yang
disegani oleh dunia barat. Elakkan dari tergelincir dengan isu
tuduh-menuduh yang melalaikan dan merugikan. Mereka yang leka dengan
polimik tuduh menuduh akan tinggal jauh di belakang.

Read more...

Perubatan Islam Kembali

Rabu, 11 November 2009



KURSUS PERUBATAN ISLAM SIRI 1 DAN 2

Jadual Pengajian Kursus Perubatan Islam Yang Bakal Dijalankan.

Tenaga Pengajar : Ustaz Mohd Trimizi Bin Zainal
Tempat Pengajian : Rumah Melaka, Haiyu as-Sabi’.
Waktu Pengajian :

1) Kursus Perubatan Islam Siri Satu
17 November : selepas Isyak - 10 malam
18- 19 November : selepas Asar – 10 malam


2) Kursus Perubatan Islam Siri Dua
20-21 November : selepas Asar -10 malam


Yuran Pengajian Termasuk Kitab : LE 30 bagi setiap siri yang diikuti.





Sesiapa yang berminat boleh mendaftar dengan segera kepada yang berikut. Tarikh tutup pendaftaran 15 hb November.

Sebarang pertanyaan dan ingin daftarkan nama, boleh menghubungi:
Mohd Nizam Bin Noor Sham : No tel. 0118768351

Read more...

Selamat Hari Raya

Ahad, 20 September 2009

Selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada seluruh ahli-ahli PISANG Mesir , Maaf Zahir & Batin

Read more...

Latihan praktikal untuk pelajar lelaki dibatalkan

Rabu, 29 Julai 2009

Latihan praktikal untuk pelajar lelaki yang akan diadakan pada 30 hari bulan ni di Rumah Negeri Sembilan telah dibatalkan

Read more...

Latihan Praktikal - Pelajar Lelaki

Isnin, 27 Julai 2009

Assalamualaikum, adalah dimaklumkan kepada peserta pisang ikhwah bahawa latihan praktikal dibawah unit kerohanian & latihan akan diadakan di Rumah Negeri 9 , selepas Maghrib.
Peserta-peserta dialu-alukan datang & kalau bole sudah menghafal Ayat-ayat Ruqyah.
Program : Latihan Praktikal
Hari : 30/7/2009 - Khamis
Jam : Selepas Maghrib

Read more...

Tarikh Mesyuarat

Jumaat, 24 Julai 2009

Assalamualaiakum , Kepada Semua ajk PISANG MESIR dan Majlis perwakilan BKAN & DPM, Insya Allah , Mesyuarat akan diadakan pada 25/7/2009 ,
Masa : Selepas Zuhur
Tempat :Rumah Negeri Sembilan

Read more...

Tahniah Kepada Peserta-Peserta yang berjaya mendapat Ijazah

Khamis, 16 Julai 2009

Kami Selaku wakil Ajk Pisang Mesir mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua peserta kursus yang telah berjaya Mendapat Ijazah , Semoga Dengan Ilmu yang kita perolehi ini kita sama-sama beroleh keberkatan & dapat berbakti kepada agama serta masyarakat . Amin.

Read more...

Makluman Terbaru Mengenai Sijil & Ijazah

Rabu, 15 Julai 2009

Assalamualaikum W.B.T. ,
Makluman Terbaru Mengenai Sijil & Ijazah :

  1. Alhamdulillah , semua Ijazah & Sijil peserta telah habis ditandatangani.
  2. Insya Allah , Peserta-peserta Ijazah & yang telah mengikuti kursus bolehlah mendapatkan Ijazah-Ijazah mereka & Sijil-sijil daripada wakil BKAN atau DPM masing-masing.
  3. Akan tetapi , Peserta yang telah mengambil Ijazah Hafazan pada tahun lepas & belum lagi mengikuti kursus siri 2 dan sesi soal jawap beserta dengan Ustaz Trimizi Zainal , Ijazah mereka masih lagi ditahan di Biro Pengumpulan Data.
  4. Manakala , Peserta yang baru mengikuti & mengambil ijazah hafazan pada bulan Julai 2009 ini , Sijil mereka akan diberikan nanti.
  5. Sebarang permasalahan boleh lah hubungi Ustaz Fakhrul Razi - 0118717106 atau Ustaz Hafidz - 0109532439 .

Read more...

Kepulangan Ustaz Trimizi Zainal ke tanah air

Isnin, 13 Julai 2009

Kepulangan Ustaz Trimizi Zainal Ke Tanah Air
Tairkh : 13/7/2009






Kami selaku wakil PISANG Mesir mengucapkan setinggi- tinggi ucapan terima kasih atas jasa dan sumbangan Ustaz Trimizi kepada kami , semoga Allah S.W.T. membalas budi beliau dengan sebaik-baik balasan . Jazakallahu Khair .

Read more...

Mesyuarat PISANG Mesir beserta perwakilan Bkan serta DPM

Ahad, 12 Julai 2009

Mesyuarat PISANG Mesir Tarikh : 12/7/2009' Jam : Lepas Maghrib Alhamdulillah, semalam telah diadakan perjumpaan Ajk PISANG Mesir yang turut dihadiri bersama dengan Ustaz Trimizi (Penaung PISANG),En Hamidi Abd rahman (PISANG UK) ,Ustaz Jais Kamus (Bahagian Istinbat JMS) dan perwakilan Bkan serta DPM .

Sebahagian Ahli AJK PISANG Mesir , AJK Perwakilan Bkan serta DPM yang turut hadir.

Agenda Mesyuarat :

  1. Muhasabah program sepanjang perjalanan PISANG di Mesir
  2. Mengukuhkan Organisasi
  3. Projek Jangka Pendek & Jangka Panjang
  4. Cadangan & Idea untuk Kuliah Perubatan Islam tahun 2010
  5. Kerjasama antara PISANG & PMRAM untuk perjalanan program tahun 2010.

Ustaz Trimizi (Penaung PISANG),En Hamidi Abd rahman (PISANG UK) ,Ustaz Jais Kamus (Bahagian Istinbat JMS) dan perwakilan Bkan serta DPM .

En Hamidi Abd rahman (Pengerusi PISANG)


Read more...

Galleri Program : Peranan & Cabaran Mahasiswa Islam Merentasi Arus Globalisasi

Sabtu, 11 Julai 2009

PROGRAM : Peranan & Cabaran Mahasiswa Islam Merentasi Arus Globalisasi


Forum 1 : Peranan & Cabaran Mahasiswa Islam Merentasi Arus Globalisasi
Pengerusi : Ustaz Mat Jaiz Kamus , Timbalan Mufti Selangor
Ahli Panel 1 : Ustaz Haji Abdullah Bin Mat ( Pegawai JAKIM Kaherah)
Ahli Panel 2 : Prof Dr.Jamil B. Hashim
Ahli Panel 3 : Hamidi B.Abdul Rahmad (Chairman PISANG & Presiden Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom)






Forum 2 : Menghadapi Cabaran & Kemodenan Dan Isu Semasa : Peranan Dan Gelombang Suara Mahasiswa Di Kacamata Dunia
Pengerusi : Ustaz Ishak Bin Othman
Ahli Panel 1 : Ustaz Trimizi Bin Zainal
Ahli Panel 2 : Dr. Azreen Ezainy Bin Mohmad Sallih
Ahli Panel 3 : Qurratu Akyun Bin Daud

Read more...

Program Dialog : " Criticism on Islam : Freedom of speech or freedom to insult ?

Khamis, 9 Julai 2009







Assalamualaiakum , adalah di maklumkan bahawasanya , Insya Allah Mahasiswa - Mahasiswi adalah Di jemput untuk sama-sama menghadiri Program Dialog bahasa Inggeris PISANG yang bertajuk :

Tajuk : " Criticism on Islam : Freedom of speech or freedom to insult ?" (Dalam Bahasa Inggeris) Bersama Sarah Hamidi Dan Qurratu Akyun dari PISANG UK .
Bertempat : Rumah Melaka
Tarikh : Ahad , 12 Julai 2009
Jam : Selepas Asar

Read more...

Program PISANG Di Damanhur

Khamis , 9 July 2009
- Dewan Perwakilan Damanhur

- Perbentangan Kertas Kerja Gangguan Sihir & Penyakit
- Pembentangan Disampaikan Oleh Ustaz Trimizi B Zainal

- Perbentangan Kertas Kerja Disiplin Perubatan Islam : Cabaran & Saranan
- Pembentangan Disampaikan Oleh Encik Hamidi (Pengerusi PISANG)

Read more...

Program : Peranan & Cabaran Mahasiswa Islam Merentasi Arus Globalisasi



PROGRAM : Peranan & Cabaran Mahasiswa Islam Merentasi Arus Globalisasi
TARIKH : 11 JULAI 2009
TEMPAT : Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah
MASA : 9.00 A.M – 12.00 A.M
2.00 P.M – 5.00 P.M

Forum 1 : Peranan & Cabaran Mahasiswa Islam Merentasi Arus Globalisasi
Pengerusi : Ustaz Mat Jaiz Kamus , Timbalan Mufti Selangor
Ahli Panel 1 : Ustaz Haji Abdullah Bin Mat ( Pegawai JAKIM Kaherah)
Ahli Panel 2 : Prof Dr.Jamil B. Hashim
Ahli Panel 3 : Hamidi B.Abdul Rahmad (Chairman PISANG & Presiden Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom)



Forum 2 : Menghadapi Cabaran & Kemodenan Dan Isu Semasa : Peranan Dan Gelombang Suara Mahasiswa Di Kacamata Dunia
Pengerusi : Ustaz Ishak Bin Othman
Ahli Panel 1 : Ustaz Trimizi Bin Zainal
Ahli Panel 2 : Dr. Azreen Ezainy Bin Mohmad Sallih
Ahli Panel 3 : Qurratu Akyun Bin Daud

Read more...

Carta Baru Organisasi PISANG Mesir

RTA BARU ORGANISASI PISANG MESIR

Perlantikan pada 7th July 2009
Bertempat Di Rumah Negeri Sembilan

Penaung : Ustaz Trimizi Bin Zainal

Penasihat 1 : Ustaz Zainuddin Abd Rahman

Penasihat 2 : Ustaz Halim B. Saljabi.

Pengerusi :
Ustaz Mohd Nizam B. Noor Sham

Timb.Pengrusi : Ustazah Nur Asiah Bt Yusof

S/u : Ustazah Samirah Wazali

T.S/u : Ustazah Khairunnisa' Bt Yusof.

Bendahari : Ustaz Mokhtar B Mahadi

Timb
Bendahari: Ustazah Tuty Alawiyah Bt Ahmad

Pengarah Perubatan : Ustaz Shahrul Hisham Zulkifli.

Biro Kerohanian :

Biro Latihan : Ustaz Mohd Nazmi B Osman

Biro Klinikal : Dr.Farhan
b Abd Rashid

Biro Kaunseling : Ustaz Mohd Yusuf Hawasy B Abdullah Najid.

Pengarah Perancang : Ustaz Ibrahim B Abd Wahab.

Penerangan/Multimedia : Ustaz Haris Haikal.

Biro Perhubungan : Ustaz Hj Mohd Helmi B Hj Che Fauzi.

Biro Pengurusan /Penyelarasan : Ustaz Megat Mohd Zaid

Pengarah Penyelidikan : En Johari

Biro Pembangunan : Ustaz Zulhusni B Abd Rashid.

Biro Penyiasat/Penilaian : Ustaz Abd Hafidz B Abd Aziz

Biro kajian/Pengumpulan Data : Ustaz Hafidz Bin Yahaya



Wakil Akhwat Ustazah Samirah S/U Pisang Menerima Ijazah & Sijil

Ustaz Trimizi & Beberapa Ahli PISANG Mesir Bersama Ustaz Jais Kamus , Bahagian Istinbat JMS.








Read more...

Penjelasan berkenaan Tentang Ijazah & Sijil Penyertaan

Rabu, 8 Julai 2009

Assalamualaikum ,

Berikut merupakan penjelasan mengenai sijil dan ijazah penyertaan pada 7/7/2009 yang lalu .

1. Adapun sijil yang di berikan pada malam itu merupakan sijil ijazah bagi peserta hafazan yang mengambil ijazah pada kursus yang berlangung pada tahun lepas.

2. Adapun mengenai sijil kehadiran siri 1 & 2 , ianya terpaksa diambil balik kerana ianya belum ditanda tangan.

3. Adapun bagi peserta-peserta yang mengikuti dan mengambil ijazah pada bulan July 2009 , sijil peserta yang mengambil ijazah hafazan akan diberikan kepada peserta-peserta selepas ianya di bawa ke Malaysia untuk cop sokongan Prof Dato Dr. Harun Din , kemudian akan di hantar ke Brunei untuk di cop oleh Mufti Brunei & Ustaz Halid Sintol (Pengarah Dakwah JAKIM)

4 . Kami selaku Ajk PISANG MESIR memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku pada malam itu khususnya .

5. Insya Allah , PISANG akan menyerahkan sijil & ijazah kepada wakil - wakil negeri & muhafazah . Sebarang maklumat mengenai sijil & ijazah akan di maklumkan kemudian .

6 Sebarang Pertanyaan boleh hubungi Ustaz Fakhrul Razi - 0118717106

Read more...

Program P.I.S.A.N.G. , Julai 2009

Selasa, 7 Julai 2009

Program PISANG , Julai 2009

Program : Peranan Dan Cabaran Mahasiswa Islam Merentasi Arus Globalisasi

Anjuran
:
- PISANG
- PISANG UK

- PISANG MESIR


Dengan Kerjasama
:
- JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
- JPMK
(Jabatan Penuntut Pelajar Malaysia Kaherah)


1. 1 Julai - 7 Julai :
Kuliah Perubatan Islam Siri 1 & 2

Kuliaj Perubatan Islam Siri 1
- Rumah Kuala Lumpur Kaherah Mesir

- 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi

Kuliah Perubatan Islam Siri 2
- Rumah Negeri Selangor Kaherah
Mesir
- 8.30 malam sehingga 10.30 malam hari pertama ,

2 Julai sehingga 7 Julai
- Rumah Negeri Sembilan Kaherah Mesir

- 8.30 malam sehingga 10.30 malam

2. Khamis , 2 Julai 2009
- Program Dialog : Confronting Islamophobia. (Dalam Bahasa Inggeris)
- Program Bersama Sarah Hamidi Dan Qurratu Akyun dari PISANG UK dan Mahasiswa Mesir
- Rumah Negeri Sembilan
- Selepas Asar

3. Sabtu , 4 Julai 2009
- Program Dialog : "Eradicating Prejudice Towards Islam" (Dalam Bahasa Inggeris)
- Program Bersama Sarah Hamidi Dan Qurratu Akyun dari PISANG UK dan Mahasiswa Mesir
- * Rumah Selangor
- * Selepas Asar

* Perubahan akan di maklumkan kemudian.

4. Ahad , 5 Julai 2009
- Program Dialog : " Criticism on Islam : Freedom of speech or freedom to insult ?" (Dalam Bahasa Inggeris)
- Program Bersama Sarah Hamidi Dan Qurratu Akyun dari PISANG UK dan Mahasiswa Mesir
- * Rumah KL
- * Selepas Asar

5. Khamis , 9 July 2009
- Dewan Perwakilan Damanhur

- Perbentangan Kertas Kerja Gangguan Sihir & Penyakit
- Pembentangan Disampaikan Oleh Ustaz Trimizi B Zainal

- Perbentangan Kertas Kerja Disiplin Perubatan Islam : Cabaran & Saranan
- Pembentangan Disampaikan Oleh Encik Hamidi (Pengerusi PISANG)

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP