Mufti Lancar Perang Terhadap Pengamal Ilmu Sihir .

Jumaat, 15 Januari 2010

SHAH ALAM, 16 Dis - Jabatan Mufti Selangor dan Professional Islamic Support and Nature Group menggesa agensi perundangan agama Islam Persekutuan mengambil tindakan tegas ke atas pengamal-pengamal sihir.
Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata satu usul akan diserahkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Mesyuarat Muzakarah Fatwa Kebangsaan menggesa satu enakmen perundangan baru diperkenalkan.
Ini bertujuan supaya kes-kes berkaitan amalan sihir dapat ditangani mengikut enakmen perundangan yang lebih jelas.
“Apabila telah dibincangkan dalam muzakarah pakar ini maka satu kertas yang lengkap akan dibawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa.kemudian,oleh kerana ini adalah isu-isu nasional bukan isu setempat mestilah dibawa dalam mesyuarat muzakarah fatwa kebangsaan.Jadi dari mesyuarat kebangsaan ini menjadi kelazimannya akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja dan akhirnya barulah dibawa balik ke negeri untuk diwartakan.Setelah diwartakan barulah boleh dibuat penguasaan,” katanya.
Tamyes berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan muzakarah itu di Dewan Annex, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini pagi tadi.
Muzakarah bertajuk ‘Bentuk-bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosi’ ini disertai penceramah bebas, Datuk  Dr Harun Din dan Ustaz Hanafi Abd Rahman yang bertindak sebagai pembentang kertas kerja.
Muzakarah kali ke enam itu dihadiri 140 cendiakawan Islam, pengamal undang-undang dan ahli akedemik dari insititusi  pengajian tinggi tempatan.
“Merangkumi kepada sesiapa sahaja pengamal,kalau sekiranya ini telah dilaksanakan sebagaimana hukuman jenayah kita tidak memandang sama ada orang Islam ataupun tidak Islam  asalkan dia sebagai rakyat yang patuh kepada undang-undang  di negara kita,jadi dia kena terima dan menghormati apa yang telah ditetapkan pemerintah.Itu setelah sampai perlaksaan hukuman sebenar,” katanya.
Dalam pada itu,  Dr Harun turut mengesyorkan hukuman takzir dikenakan keatas pelaku sihir beragama Islam sekiranya undang-undang berkaitan perkara itu diperkenalkan.
“Takzir ialah hukuman yang kita berikan hak authority kepada kadi kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman,kita bagi range diantaranya penjara sebagai contoh ,6 bulan,setahun, 6 tahun,buang daerah sebagai contoh ataupun sebat.Tapi saya nak syorkan dia bukan dengan denda kewangan,” katanya.
Kata Dr Harun, hukuman dalam bentuk denda kewangan tidak digalakkan kerana ia gagal menyedarkan pengamal dari kelompok berada atau berkedudukan tinggi.
“Jadi saya cadangkan ambillah takzir ini sebagai pengajaran,jika dia kaya macammana pun jika dia buat sihir  dia kena masuk penjara atau sebat.Itu sebagainya caranya untuk mengelakkan buat sementara.Saya tidak cadangkan lagi dihukum bunuh,” katanya.

Sumber dari : http://www.selangorkini.com.my/my/berita/8615

Read more...

Isu Penafian Darussyifa' Terhadap Ust Trimizi Zainal.

Selasa, 12 Januari 2010

Dalam mendasari isu dan polemik yang timbul, kita harus memahami latar
belakang kenapa Darussyifa mengeluarkan "Penafian dan Penjelasan"
berkenaan Ustaz Trimizi Zainal yang dipamerkan di laman web
Darussyifa' [di www.darussyifa.org ]

Pihak Darussyifa telah menerima beberapa aduan yang mendakwa Ustaz
Trimizi mewakili Darussyifa dan juga mendakwa Ustaz Trimizi adalah
dari Darussyifa. Ianya hanyalah hasil dari sedikit silap faham dan
tanggapan yang timbul.

Untuk memudahkan Darussyifa menjawab dakwaan tersebut, satu kenyataan
telah diletakkan di laman web mereka. Kenyataan tersebut LANGSUNG
TIDAK menuduh Ustaz Trimizi pernah mengeluarkan kenyataan mewakili
Darussyifa atau beliau dari Darussyifa. Ia adalah langkah berjaga-jaga
(preventative action) dengan menggunakan ungkapan "JIKA SEKIRANYA
....".

Darussyifa juga LANGSUNG TIDAK mengaitkan isu ini dengan PISANG, dan
hubungan PISANG dengan Darussyifa tidak terjejas sedikit pun.

Mereka yang telah menghadiri kuliah Ustaz Trimizi mengetahui yang
beliau tidak pernah mendakwa mewakili Darussyifa' atau mendapat ijazah
dari Darussyifa'. Beliau ada menyentuh methodologi Darussyifa tetapi
di dalam konteks perbandingan methodologi rawatan Islam sahaja. Ini
mungkin menimbulkan rasa tidak senang di kalangan beberapa individu
yang kemudiannya membuat lapuran yang tidak tepat kepada Darussyifa'.
Untuk mengelakkan salahfaham dari berlaku semula, kuliah Ustaz Trimizi
di masa akan datang tidak akan menyentuh kaedah Darussyifa'.

PISANG adalah satu organisasi yang mempunyai misi-misi yang lebih
besar dan berbentuk global, dan bukannya pesaing kepada Darussyifa'
atau mana-mana pusat perubatan Islam. Umpamanya, salah satu misi
PISANG ialah untuk menjadikan sihir sebagai satu jenayah di dalam
perundangan. Sebagaimana yang kita semua maklum, sekarang ini tidak
ada peruntukan di dalam perundangan sivil atau perundangan syariah di
Malaysia untuk mendakwa mereka yang terlibat di dalam kegiatan sihir.

PISANG telah dapat meyakinkan Jabatan Mufti Selangor untuk mengadakan
Muzakarah Pakar pada bulan Disember 2009 untuk memulakan proses
menjenayahkan sihir. Muzakarah Pakar tersebut, yang dianjurkan oleh
Jabatan Mufti Selangor dengan kerjasama PISANG, telah dihadhiri oleh
140 pakar-pakar dari pelbagai bidang. PISANG akan terus melaksanakan
misi-misi yang besar ini dan satu bengkel berkenaan pendakwaan sihir
Insha'Allah akan diadakan pada bulan Mac depan.

Kami berharap semua peserta Kursus Perubatan Islam anjuran PISANG
cawangan Mesir akan terus mendalami ilmu perubatan Islam dan ilmu-ilmu
yang berkaitan seperti methodologi perubatan moden, kaunseling,
psycho-therapy, penguasaan Bahasa Inggeris dan sebagainya. PISANG
ingin melahirkan satu generasi baru pengamal perubatan Islam yang
disegani oleh dunia barat. Elakkan dari tergelincir dengan isu
tuduh-menuduh yang melalaikan dan merugikan. Mereka yang leka dengan
polimik tuduh menuduh akan tinggal jauh di belakang.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP